langkah-langkah memburu impian

Tuesday, May 3, 2011

hey hye assalamualaikum......
hari ini aku nak share la sikit pasal langkah-langkah memburu impian...
aku ade pegi satu kursus ari tu..
                      so aku senaraikan la 20 benda yang patut ade dalam memburu impian kite..
  • MATLAMAT 
    kene la jelas dan tepat
  • BERKORBAN
    masa, tenaga , duit
  • KEYAKINAN , SEMANGAT ,DISIPLIN YANG TINGGI
    yang ni da pasti la wajib ade
    kalau nak berjaya
  • MINDA 1 %
    iaitu minda yang positif
  • BERANI GAGAL
    yang dimaksudkan berani gagal
    ialah berani dalam ambil risiko
  • JUAL DIRI DAHULU
    ape yang aku maksudkan jual diri
    ialah jaga keterampilan kita...percakapan kita...
  • BERTINDAK DENGAN CEPAT
    kita perlulah cepat dalam
    bertindak sebelum lambat
  • BERGAUL DENGAN ORANG YANG BERJAYA
    yang nie x perlu hurai kot
  • ELAKKAN DARI BIROKRASI
    setiap perbuatan kita dan hasil
    kerja kita seeloknya elakkan dari birokrasi...
  • SENTIASA MEMBIMBING
    perlulah setiap masa kita
    bimbing diri kita sendiri
  • BERI LAYANAN LEBIH DARI HARAPAN
    contohnya pekerjaan yang kita
    lakukan mesti la lbh dari ape yang diharapkan
  • SENTIASA OFFENSIVE DALAM HADAPI MUSUH KITA
    ape yang dimaksukkan disini  kita perlu offensive
    dalam menghadapi orang yang dengki akan kejayaan kita...
  • JANGAN MEMBURUKKAN ORANG LAIN
    jangan kita sesekali memburukkan
    orang demi kepentingan kita
  • TAMBAH PELABURAN KITA
    tambah la pelaburan kita dalam mencari ramai
    kawan..dan sahabat untuk membimbing kita..
  • TERUS BELAJAR DAN MENGAJAR
    kita mesti terus belajar dalam
    memburu impian kita....
    dan sudi untuk mngajar orang lain untuk
    bersam-sama kita memburu impian..
  • HORMATI GURU KITA
    sudah menjadi kewajipan bagi kita
    untuk menghormati guru kita....
    jangan la sesekali kita biadap trhadap guru kita...
  • TEAMWORK @ KERJASAMA
    sukar bagi kita untuk mengecapi
    kejayaan dengan seorang diri....
  • SEMAKIN BERJAYA, SEMAKIN ISTIQAMAH
    jangan la pulak makin kita berjaya
    makin malas da sombong kita
  • BERLAGAK SEPERTI PEMENANG
    ape yang hendak diterangkan disini ialah kita
    perlulah setiasa tampak yakin dan hampir dengan kejayaan...
  •  AKHIRAT DIDAHULUKAN DUNIA DISEIMBANGKAN
    ingat la akan ibadah kita
    terhadap MAHA PENCIPTA ALLAH S.W.Tdan matlamat tidak sama
    sekali menghalalkan cara.....

itu la antara langkah-langkah yang boleh kita amalkan jika ingin memburu impian dalam ape jua bidang...........dan disini aku harap kita semua dapat ape yang kita kejarkan selama ini....
semoga berjaya dalam memburu impian.....

ASSALAMUALAIKUM,,

0 comments: